“Saya nak daftar kursus OPITO”, “saya nak buat kursus kerja offshore”, “apa sijil yang saya perlukan untuk kerja offshore”
Ini persoalan yang biasa kami terima, termasuklah soalan popular; apa beza BOSIET dengan T-BOSIET?
Sebelum anda daftar kursus di MSTS Asia, anda perlukan pastikan kursus yang diperlukan bergantung pada kawasan dan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh majikan. Secara amnya, seseorang memerlukan sijil OPITO Basic Offshore Safety Induction & Emergency Training (BOSIET) atau Tropical Basic Offshore Safety Induction & Emergency Training (T-BOSIET). Jadi, sijil atau kursus yang mana diperlukan?
Bersedia untuk jadi pekerja offshore?
Perlu atau tidak buat kursus HUET?
Kalau sijil sudah tamat tempoh, apa yang perlu dilakukan?
Di mana untuk jalani latihan OPITO T-BOSIET, BOSIET, T-FOET atau T-FOET?
Bersedia untuk jadi pekerja offshore?
Bekerja di pelantar minyak atau offshore tidak sama seperti pekerjaan biasa yang lain, malah memerlukan ketahanan fizikal, mental dan emosi. Antara perkara atau situasi kerja di pelantar minyak yang perlu anda jangkakan adalah:
- Syif kerja yang panjang, sehingga 12 jam
- Keadaan cuaca yang tidak menentu
- Pergerakan yang terbatas, perlu berjauhan dengan keluarga dan rakan-rakan untuk satu tempoh yang panjang
- Safety regulation yang ketat dan perlu dipatuhi
Apa itu OPITO?
OPITO atau nama penuhnya Offshore Petroleum Industry Training Organisation merupakan badan kawal selia antarabangsa yang menetapkan standard untuk kemahiran, pembelajaran dan pembangunan tenaga kerja industri minyak dan gas. Dalam bahasa mudahnya, matlamat OPITO adalah untuk memastikan pusat-pusat Latihan dapat melahirkan tenaga kerja mahir serta kompeten.
MSTS Asia, dengan empat pusat latihan di Pasir Gudang, Cherating, Miri dan Singapura telah diiktiraf oleh OPITO menawarkan pelbagai kursus untuk tenaga kerja industri minyak dan gas. Bukan itu sahaja, MSTS Pasir Gudang juga merupakan pusat latihan pertama yang diiktiraf di Malaysia dengan kursus OPITO yang terbanyak dalam satu pusat latihan.
Antara kursus-kursus OPITO yang ditawarkan di MSTS Asia adalah:
- BOSIET / T-BOSIET
- FOET / T-FOET
- CAEBS
- Basic H2S Training
- Offshore Lifeboat Coxswain Initial Training
- Offshore Emergency Response Team Member (OERTM)
- Management of Major Emergency Initial Response (MEMIR)
- Control Room Operator (CRO)
T-BOSIET vs BOSIET
Durasi kedua-dua kursus T-BOSIET dan BOSIET adalah sama iaitu selama 3 hari dan tempoh sah sijil sehingga 4 tahun. Hampir keseluruhan modul juga adalah sama. Kursus T-BOSIET dan BOSIET akan memberi pendedahan akan cabaran dan suasana bekerja di pelantar minyak, induksi keselamatan, dan cara untuk respon sekiranya berlaku kemalangan atau kecemasan.
Baca lanjut berkenaan T-BOSIET di sini.
Modul-modul dalam kursus BOSIET dan T-BOSIET:
- Safety Induction
- Helicopter Safety and Escape
- Sea Survival
- Firefighting and Self Rescue
Apa perbezaannya?
Perkataan “Tropical” dalam T-BOSIET merujuk kepada kawasan-kawasan beriklim tropikal seperti Malaysia, Indonesia, Brunei dan sebagainya. Oleh itu, sijil T-BOSIET diterima di negara-negara yang beriklim tropikal atau warm water sahaja.
Menurut OPITO, Tropical Warm Water dedefinisikan sebagai:
"Tropical warm water operating areas are defined as those areas within geographical domain of the Tropic of Cancer and the Tropic of Capricorn however areas outwith this domain with a consistent water temperature in excess of 15 degrees Celsius may also be included"
Manakala kawasan-kawasan ‘cold water’ pula memerlukan sijil BOSIET. Walaubagaimanapun, sijil BOSIET juga diterima di kawasan-kawasan tropikal. Bermakna, sijil BOSIET boleh diterima di seluruh dunia kecuali UK dan Norway. Kedua-dua negara memerlukan sijil tambahan. Sebaiknya, pelatih dinasihatkan untuk mendapatkan kepastian sijil dan requirement daripada pihak majikan.
Boleh tonton video ini untuk maklumat lebih lanjut.
https://www.youtube.com/watch?v=zNYDx2fLGxQ
Jika anda bakal bekerja di kawasan perairan Malaysia, sijil Compressed Air Emergency Breathing System Initial Deployment (CAEBS) telah diwajibkan bermula 1 Julai 2022. Oleh itu anda memerlukan sijil T-BOSIET + CAEBS + TSBB. Untuk masa yang terhad, anda boleh daftar kursus ini dengan harga promosi di MSTS Pasir Gudang, Cherating atau Miri.
Perlu atau tidak HUET?
Kalau sijil sudah tamat tempoh, apa yang perlu dilakukan?
Di mana untuk jalani latihan OPITO T-BOSIET, BOSIET, T-FOET atau T-FOET?
Kelas T-BOSIET, BOSIET, T-FOET dan FOET ada setiap minggu di Malaysia, Singapura dan Thailand.
MSTS Asia ada 5 pusat latihan yang terletak di Malaysia, Singapura dan Thailand.
Semenanjung Malaysia
MSTS Johor Bahru Training Centre
Oasis Complex, Johor Port,
81700 Pasir Gudang,
Tel: +607 252 2108
Emel: bookings@msts-my.org
MSTS Cherating Training Centre
Lot 2014, Mukim Sungai Karang,
Cherating, 26100 Kuantan,
Pahang, Malaysia
Tel: +609 581 9049
Emel: bookings@msts-my.org
Sabah dan Sarawak
MSTS Miri Training Centre
Lot 960, Jalan Cattleya 3,
Piasau Industrial Estate,
98000 Miri, Sarawak, Malaysia
Tel: +608 5415 815
Emel: bookings@msts-my.org
Singapura
MSTS Singapore Training Centre
67, Tuas South Avenue 1,vSeatown Industrial Centre,
637579 Singapore
Tel: +65 6515 8193
Emel: bookings@msts-my.org
Thailand
RelyOn Nutec Thailand
919 Moo 2, Tamboon Taibaan,
Amphur Muang Samutprakarn,
Samutprakarn Province,
10280, Thailand
Tel: +66 2 703 9773
Emel: bookings@th.relyonnutec.com